Monday, December 6, 2010

Noh Omar : Perak perlu selesaikan isu projek arowana Bukit Merah

Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism
MAHA 2010

Noh Omar :  Perak perlu selesaikan isu projek arowana Bukit Merah.....
SERDANG 22 Nov – Isu projek ikan arowana yang didakwa menjejaskan tanaman padi di Bukit Merah wajar diselesaikan oleh Perak memandangkan isu tersebut diklasifikasikan sebagai masalah tanah melibatkan kerajaan negeri kata Datuk Seri Noh Omar hari ini.
 “Itu terpulang pada kerajaan negeri untuk membuat keputusan kerana isu tanah di bawah kerajaan negeri ” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada sidang media sempena Pameran Akuakultur Semaian dan Agrotorisme Antarabangsa 2010 MAHA 2010 yang dijadual berlangsung pada 26 November hinga 5 Disember ini.
 Noh menjawab desakan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang CAP S M Mohamed Idris di Pulau Pinang pagi tadi supaya kementerian Noh dan kerajaan negeri Perak menghentikan projek penternakan tersebut.
 Ujar Noh kementeriannya sebelum ini telah pun mewartakan kawasan-kawasan tertentu termasuk di Bukit Merah sebagai kawasan pertanian.
 “Kita dah wartakan kawasan itu Selepas itu ia tak boleh buka lagi dah ” kata beliau pada sidang media itu yang diadakan di Tapak Pameran Agong Malaysia iaitu tempat berlangsungnya MAHA 2010.
ojek penternakan tersebut sekarang melibatkan 70 pengusaha walaupun pada 2000 lalu tidak sampai 10 orang.
Kawasan penternakan yang melibatkan 143 hektar tanah sawah 355 ekar dengan pembinaan sebanyak 3 808 buah kolam itu dibantah kerana tindakan penternak terbabit mengepam terlalu banyak air dari Terusan Selinsing dan Terusan Bagan Serai di daerah tersebut sehingga mengakibatkan kawasan parti kekurangan air.
Kata Mohamed projek penternakan ikan arowana itu dikatakan tidak perujuk pada Jabatan Alam Sekitar JAS bagi memastikan sama ada kajian kesan kepada alam sekitar EIA dilakukan atau sebaliknya.
leh itu kata beliau menyuarakan rasa kesal kerana pihak berwajib tidak menangani masalah bekalan air yang dihadapi oleh pesawah-pesawah di kawasan tersebut.
Mohamed berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kerajaan negeri Perak segera membatalkan projek ternakan ikan arowana melibatkan 70 pengusaha di Bukit Merah - yang dimulakan sedekad lalu atas alasan menjejaskan kawasan sawah padi.
Sehubungan itu CAP juga mahu kawasan sawah padi yang ditukar guna untuk ternakan arowana dibaik pulih dengan kadar segera.
“Langkah itu wajar disegerakan kerana projek berkenaan bukan saja menjejaskan matlamat utama bekalan air tasik Bukit Merah iaitu untuk penanaman padi dan kegunaan harian penduduk di daerah tersebut malah perusahaan ini juga tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan serta boleh mencemarkan alam sekitar ” kata Mohamed.
Katanya CAP kesal walaupun projek ini di peringkat awal pelaksanaannya telah dibantah oleh pesawah-pesawah di daerah itu akibat masalah kekurangan air untuk tanaman padi mereka setelah disedut atau dipam oleh pengusaha-pengusaha ternakan ikan namun tidak ada perhatian serius dan tindakan diambil oleh pihak berkenaan.
“Lebih mendukacitakan lagi CAP mendapati projek yang boleh menjejaskan alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan ini dilakukan tanpa mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan ” kata beliau Katanya walaupun projek tersebut telah bermula sejak 10 tahun lalu namun masih ada lot-lot tanah sawah yang terlibat belum ditukar statusnya untuk industri akuakultur
Pejabat Tanah Daerah Kerian hanya menghantar notis pelanggaran syarat tanah kepada para pengusaha terbabit tetapi tidak ada penguatkuasaan undang-undang yang dibuat bagi menutup kolam-kolam yang dibina kata Mohamed.
Mohamed menambah kawasan penanaman padi yang produktif di bawah Projek Kerian-Sungai Manik ini tidak sepatutnya ditukar guna untuk tujuan lain.

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog